TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

??TEMARAM SENJA??

Tentang kesendirian yang menghidupkan kemungkinan-kem
ungkinannya di setiap kali muncul temaram senja
Ada hati yang gelisah berbungkus tabah
Bersama deru sayap bayu menguak jendela kalbu
Sungguh...
Diam bukan bearti tidak bergerak
Di ujung mega jingga yang beralih ke malam yang hitam
Tetap engkaulah rinduku.

>>>

?Melarik Damai?

Rasa damai di savana hati
Berteman embun sunti bersanding di pagi nan wangi..
Bunga bunga cinta berbagi cerianya di taman bak syurga
Sedang awan mega jadi naungannya
Berserilah cahaya di mata
Tiada lagi gulita membahana di jiwa
Bergembiralah diri yang berhias ketenangan yang di titip dari
semalam yang hilang.
Larikan lambaian biru damai dikeabadian cinta
Yang tak ingin lagi mahu di musnahkan petaka nan hitam.

Nukilan Norliza Mohtar

Tiada ulasan: