TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Bismilahirahmanirahim

Betapa sukarnya
Tuk memetik
Buah keikhlasan
Dari pohon kesombongan
Yang tinggi membongkak..

Cukuplah aku
Si semut hitam, kecil penuh
Hitam legam

Bekerja tuk memetik
Buah keikhlasan di dusun
Jiwa ...
Walau lewat malam
Berinjit-injit di celahan
Batu hitam ...

Hanya kerana
Ingin memohon segigit manis
Ranumnya buah keikhlasan

Yang tertanam
Dari benih, di tanah
Kerendahan ...

PPS
10JULAI16

>>>

Assalamualaikum

Dalam tinta
Kucoretkan kata
Luahan rasa lukisan jiwa
Kususun sepuluh jari
Memohon ampun maaf dipinta
Pada sahabat sahabatku semua
Andai ada tersalah kata
Menguris hati didalam setiap bicara
Salah dan silap harap dimaafkan

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN
BUAT YANG TERKASIH

Seribu kemaafan
Kopohonkan
Andai ada salah dan silap
Yang sering menguriskan perasaan
Selama diriku bersamamu
Semoga dilebaran ini
Memberi makna yang sungguh bererti
Buat kita bersama

SELAMAT HARI RAYA
AIDILFITRI SAYANGKU
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Nukilan Pesona Lirikan

Tiada ulasan: