Jumaat, 8 Julai 2016
Sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula jari yang menaip di kekunci sesentuh..
- IbnuAmar
>>>
Raya ke tiga
Kabur pandangan mata
Baru terjaga
- KayuLastik
>>>
tatkala hujan menemani kita
di kala lewat monorail tiba
sesungguhnya perasaan di dalam
tertahan.. mahu juga kuberitahu
awak!! masakan goreng boleh tambah ajinomoto
- IbnuAmar
>>>
Ramai mendambakan Lailatul Qadar. Tapi ramai yang bertemu Laila anak Tok Qadar
- IbnuAmar
>>>
Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji dalam perahu
Tiada percuma semua berbayar
Termasuk sekali sewa perahu
Tiada percuma semua berbayar
Termasuk sekali sewa perahu
Tiada duit raya diganti kad prabayar
Di dalam sampul raya Ar Rahnu
- IbnuAmar
BERAKIT KE LANGIT
©2016
Tiada ulasan:
Catat Ulasan