TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Berbaris-baris teja langit
Balam cahaya sinarnya redup
Memukul awan jadi tempias
Mengusik gunung puncaknya damai
Merentasi benua tanpa sempadan
Mengutip cinta ciptaan ILAHI
Lalu lewat ke hujung waktu
Biarkan ditemani kroni kelkatu

>>>

Tak ingkar senja oleh hiburan
Tak lelah malam oleh kesibukan
Bergulung tikar lantai tak hairan
Berdinding balam langsir bercatukan

>>>

AWAN LARAT

Subur putih gerombolan di atas
Berubah lukisan dan corak perhiasan
Tak rasa letih jari merentas
Di atas picisan tabir berbatasan

>>>

Sekali ranting ditujahi angin
Belum patah dibuai ribut
Gugur ke genting tiada ingin
Kelok lintah aur menyebut

>>>

Rumah itu banyak rahsia
Rahsia kenangan berlipat-lipat
Jendela dan pintu berkarat daya
Lenyaplah tangan tutup tak sempat

>>>

Subur dan riang si pohon keladi
Batangnya lembut meliuk-liuk
Megah di paya hutan belukar
Tempat biawak berbaring lingkar
Sesudah dewasa berdaun lebar
Namun air bukan tadahannya

Beratus kali simbah begitu juga
Getah berbisa gatal pula
Muafakat bersama si buluh tua
Sama merenyam juga miang
Mencari-cari kulit yang sayang

>>>

Ada pelbagai bentuk puisi
Paling terkenal puisi pantun
Bahasanya disusun penuh santun
Tinggalan terdahulu turun-temurun

Tidak lupa puisi syair
Lagunya meruntun hati pun cair
Baitnya indah oleh yang mahir

Sekarang popular puisi sajak
Bicaranya bebas oleh yang bijak
Nyaring tuturan terkadang sebak

Banyak lagi puisi yang lain
Seloka gurindam talibun dan mantera
Ibarat mencorakkan sehelai kain
Menyelusuri etnik di setiap era

Nukilan Suffian Ismail Hamzah