Isnin, 7 Mac 2016
Puisi : Arus Alir Sungai
Merenung mata putih
hingga lajak air sungai didih;
Memanggil deras kemarahan
seolah-olah tiada sempadan.
Lari ~ cuba lari dari ceruk
hiruk-piruk;
Ia tempat seperti beredar di sekeliling
memberitahu air sungai akan berpusing.
Berjalan lurus ke hadapan
hidup untuk menuju kematian;
Sekali lagi mengatakan
mengapa tidak memberitahu kejujuran?
Air sungai akan berpusing
mungkin pening, mungkin rungsing;
Merenung pada satu titik air
bergelimpangan geletik dalam satu arus alir.
Ia seperti meludah ke langit
hanya penyebab perit.
Nota Kaki : Geletik - Meronta-ronta
- Dhamah
>>>
Belayar Mencari Penawar 55... (karam bukanlah petanda kelam)
"Sekali lagi kita mulai."
Aku berbicara pada bahtera kian longlai.
Ya, kemungkinan ombak itu menghempas
cuba menghancurkan bahtera hingga lemas;
Apakah harus duduk menunggu terkapai-kapai?
sepatutnya maju biarpun ombak mengibar lengkai.
Ya, setiap kita mengimpikan sampai
biarpun tahu jika hanya duduk lihat langit tidak akan capai;
Adakala dipertengahan bahtera karam
karamnya bukanlah petanda kelam.
Hanya permulaan bagi kita merasai
bahasa alam tentang ombak yang membadai.
Ia bukan ada selalu
mungkin datangnya kita ketika mereka lalu;
Maka terimalah biarpun kita akan karam.
Pada aku,
yang penting kita masih ada untuk melayarkan bahtera
bukan sekadar bersorak gembira;
Namun, ia tiada rasa seperti apa yang kita rasa sehingga dalam
tekad melayarkan bahtera sampai karam.
- Dhamah
>>>
Kerana Rindu Aku Meneguk Air Didih...
cinta mengundang padah dan gelisah
Ibarat langit memuntahkan panah
aku dibawahnya menadah
andai lari hilanglah maruah
Segala ukiran menerjah minda
mengukir parut kian parah
bertunas resah sepanjang arah
merawat ternyata menambahkan darah
Mengapa aku dimainkan watak sedih
ibarat hujan mengalirkan air mendidih
titisan turun menanggung pedih
memikul beban semakin bertindih
Adakah ini dinamakan tuah
bersenda gurau dalam resah
bagai menanak nasi di dalam kawah
beras bertemu air bertukar wajah
menjadi nasi atau bubur tetap dikunyah
Antara kurang atau lebih
cinta ini tetap di pilih
kerana rindu semakin merintih
menurunkan titik-titik jernih
- Dhamah
>>>
Jumaat, 17 Disember 2010
Sejarah Menjelajah Penawar 7... (Ombak Pukullah Daku)
Ombak laut menderu
Menampar gelombang rindu
Membibitkan bunga cinta bertemu
Bersatulah tanpa rasa jemu
"Wahai! ombak
Usahlah kau berkocak-kocak
Memaksa aku bertenggek tegak
Memang sudah suratan cinta terpacak"
Dulu ku sangka kau hilang
Tenggelam bersama pekat malam yang datang
Rupanya sesat hidup ku tidak terbilang
Mujurlah ombak datang dengan tenang
"Wahai! ombak ingatkan aku
Imbaskan kembali kenangan lalu
Saat aku buntu, tanpa hala tuju
Kau tampar ku, sehingga menghala kepadamu"
Namun kini
Aku resah menanti
Kerana itu, pukullah daku sekali lagi...
- Dhamah
>>>
.. sekian ....
Aku tinggalkan kau
Dengan ribuan batu perjalanan ...
Dan ..
Kau tinggalkan aku
Hanya dengan satu lafaz
Sekian .....
Yn
>>>
Menanti malam singgah di beranda
Tempat kita bisa menitip lelah yang mendera
Bersama wangi bunga
Rakham dan Ulleq Maddad yang sedang bermekaran
Gemersik angin bernyanyi
Yang diam-diam lelap di hujung hari
Pada bayanganmu yang menemani
Dan selarik puisi senyap lesap di sepanjang savana
Kamukah di sana
Bidadari syurga jelmaan dunia..
- IbnuAmar
>>>
Terkasih..
Aku adalah seorang yang sesuatu
Jangan menolak andai aku mendekat padamu
Jangan tanya kenapa aku menyentuhmu
Jangan kelu andai aku bisa menciumnu
Tanpa izin dulu..
Kerna aku insan yang sesuatu
Yang hanya..
Senang bertidak atas kuasa kasihku
Pun hanya ..
Andai ia adalah kamu
yn Emotikon smile
>>>
Air Sungai Didih
Renung air sungai didih,
berbuih;
Adakala terasa perit
tekak ini menjerit.
Bak malam dan mendung
tiada apa terselindung;
Cuma bintang bulan
bagai tidak berjalan.
Namun hitam yang melangkah
tiada bernoktah dan arah;
Mungkin sesat di belukar
bukan kerana sukar
tapi kerana sesuatu yang dilakar.
Ya, air sungai didih
mungkin tempat untuknya merintah;
Menyesali atas dosa
tapi masih berjalan mencari binasa.
- Dhamah
>>>
Sejarah Mencari Penawar 8 (Tak Berpaling)
Ombak
masihkah kau ingat aku
ketika itu aku ditembak
bertubi-tubi hingga kaku.
Kau dengarkan aku
setiap kata setiap laku;
Tidak sekali terlepas
hingga aku menjadi lemas.
Karam di dasar paling dalam
sehingga segalanya padam;
Namun kau buka satu jalan
dan aku kembali ke daratan.
Sejarah mencari penawar
tak 'kan hilang dan tawar;
Sentiasa air lautnya masin
menjadi aku ingat, jangan berpaling.
- Dhamah
>>>
Saat membuka jendela
Senyuman mentari menyapa pagi
Indah nya panorama suasana
Dengan beburung berlibur mesra
Salam indah kutitipkan
Buat Tuan jauh diseberang
Moga saja senyum Tuan girang
Menyambuh hari baru dengan cemerlang
Tuan...
Pejamkanlah mata
Rasakan semua..
Aku mendakap tubuhmu mesra
Dan kita mulakan hari ini
Dengan Syukur kehadrat Ilahie
Yn .
Selamat pagi cinta
>>>
Tiada lagi cinta.cinta ku berkubur bersama kenangan..yang ku mampu doa untuk dia..
Kini cinta ku abadi padu Mu yang Esa...ku cuba senyum untuk mengintai sisa2 bersama dia..
Ya aku ..penuh duri.
- Nuraziyah
>>>
Laela Syakura
Pada jendela malam sunyi
menongkah arus laut mati;
Melukiskan parut pada bahtera
menanti berakhir kisah lara.
Dan,
Tika lena membungkuskan mimpi
tersuluhlah wajah indah berseri;
Mengukir madah kias pujangga
pintu hati diketuk lebar ternganga.
Terbuang segala kisah pedih
bertukar arah menjadi kasih;
Laela Syakura kaulah cahaya
pembuka gerbang yakin percaya.
Biarlah gugur deras rintik hujan
akan kupertahan dengan lenjan;
Selendangmu hadir menyelimutiku
agar lena sepanjang waktu.
- Dhamah
>>>
Rasa...
Dan, ketiadaan itu
menjadikan pintu terbuka
lebar
Apakah kau tahu rasa ini?
Cinta yang tertanam
cukup dalam
Katakan padaku
kau turut sama merasa
usah diam.
- Dhamah
>>>
Sepatutnya Begini
Kau mengucapkan kata
bagai belukar itu tidak lata;
Sepatutnya begini :
“Kebanyakkan kita terlepas
hampir-hampir lemas
dihempas;
Oleh desakkan kian panas.”
Mungkin, berbelah bagi
mengejar mimpi;
Tidakkah kau rasa
sembunyi juga akan binasa?
Usah kau tebang
belukar yang garang;
Cukup, sepatutnya begini :
“Diam dan lihat
sikit-sikit ia datang terpahat
jadi kotor dan jahat;
Sepatutnya begini, berhajat.”
- Dhamah
( BERAKIT KE LANGIT )