TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Selasa, 6 September 2016

Awan menutup langit
sambil membawa titis;
Dan guruh menjerit
semakin kuat ia menangis.

- Dhamah

>>>

Biar hanya untaian kata
Menyulam rasa di dada maya
Tersurat kisah tersirat cerita
Jawapan itu pasti ada

- LelakiBintang

>>>

i

Yang paling indah
Kau aku kopi
Menyambut pagi

Haiku565

ii
Segar nan nyaman
Seharum semerbak
Jauh merebak

Haiku565

- YanIsmail

>>>

i
Paling indah
Kau aku dan kopi
Menyambut pagi

ii
Segar nan nyaman
Harumannya semerbak
Jauh merebak

iii
Rasa sebati
Disayang dicintai
Kekasih hati

iv
Seceria pagi
Berduaan denganmu
Kopi dan kamu

Haiku575

- YanIsmail

>>>

Sedapkah kopi pahit itu?
Ringkasnya sebuah persoalan
Buat hati mengerti
Eeemmm aku terdiam
Hati tetap berkata-kata

Alahaiii sayang apa sangat
Pada secawan kopk hitam
Dengan nilai cinta
Aku cuba lagi
Ingin ku ikat cinga
Dengan rasa
secawan kopi susu.

Kasihmu
Ilah @Adyra Azzahra
Kuala Lumpur
60916 Am.

>>>

Aku cuba intai
lagi dan lagi
antara kopi susu
dan cinta andai
itu untuk kita

- AdyraAzZahra

>>>

Bismilahirahmanirahim
Assalamualaikum

~BISIKAN RINDU~

Bercanda bahasa
rindu dalam
gerimis hujan
lencun
tanpa aku kau dia
sedari rindu kini
mencari ruang
hati untuk pulang
dan menapak
entah pada
siapa.

Kasihmu
Ilah @ Adyra Azzahra
Kuala Lumpur
60916
10.39 Am.
Sssyyyyy..rindu.

>>>

MELUKIS

Mencuba melukiskan indahmu di antara gelayut mimpiku
indah pohonan cemara melambai-lambai terdesir bayu
hati yang terkikis mulai terasa di jiwa yang sunyi
prosaku tidak lagi indah temani mimpimu
sejenak aku terdiam di dalam kebisuan
dan di pagi yang penuh kelabu aku belajar menterjemah rasa
bersama cebis-cebis asa
yang masih tertinggal tersimpan
di celahan karang terjal
di dinding rindu yang kian menebal
di kelopak-kelopak sendu yang semakin sebu
di langit maya tumpang payungnya
di lantai bumi tegakku berdiri
masih tersisa semangat
yang terusan menghangat ....

Mega✍✍Ungu

>>>

Kita adalah cerita...
Yang menjadi sketsa..

- MegaUngu

>>>

Selagi ada mentari dan bulan
Selagi ada kasih sayang

- MegaUngu

>>>

Biar Pedih Bernyawa

Aku melihat dia merenung langit
dan rintik bertaburan gugur
jatuh satu persatu
pecah berderai
membasahi

Apakah hatinya dirobek dentuman guruh
berteriak keras dalam fikiranku
cuba mengejut matahari
dalam diam
kaku

Menyimpan jantung dalam balang garam
hanya melingkarkan akaran perih
selamanya tidak bertukar
tetap pedih
sedih

Aku melihat dia mengeluarkan hati
hancur dimamah sebilangan masa
namun dia tersenyum
lingkaran pedih
bernyawa

Dan aku melihat disebalik cermin
runtuhan demi runtuhan membanjiri
kian garam menyelimuti
biar pedih
bernyawa

Biarkan langit tidak mahu turun
mengizinkan panas membakar samudera
mengeringkan semula deraian
yang tadinya
bah

#dhamah syifflah 6/9/16

>>>

TANYA

Aku tanya pada laut
Bagaimana pasir mengusir selut

Aku tanya pada bayu
Kemana kautiup sayu

Aku tanya pada awan
Kemana tersembunyi rawan

Mega✍✍Ungu

>>>

Akan dijawapnya laut
aku menanam selut
di dalam diriku kerana aku laut

Akan dijawabnya bayu
aku membawa sayu
ke mana sahaja kupergi kerana aku bayu

Akan dijawabnya awan
aku menyelimutkan rawan
dengan tangisanku kerana aku awan

- Dhamah

>>>

Mengenang mu
dari dahulu
dan selamanya
dalam jahitan
kasih
di ruang maya

- AdyraAzZahra

>>>

Pujangga Madahmu Aku Baca

Pujangga andai kau bermadah
Jangan pula kau resah;
Andai tidak ada membaca kisah
Ukiranmu yang menerjah indah.

Pujangga andai kau mengolah bahasa
Jangan pula kau merana;
Andai ada yang datang berbicara
Lukisanmu tidak semanis bunga.

Pujangga andai kau mengukir kata
Jangan pula kau terluka;
Andai satu masa
Lakaranmu ranap ditelan gelora

Pujangga apa mahumu
Andai kau ingin madahmu
Dibaca satu persatu;
Maka, kau bacalah dulu
Maka ia akan dibaca satu persatu.

Pujangga apa mahumu
Andai kau ingin madahmu
Disebut-sebutkan indah-indah belaka;
Maka, kau kata bahagia
Maka ia menjadi indah belaka.

Pujangga ukiran ini tidak bermakna
Andai kau tidak pernah menyukainya;
Maka, kau sukakanlah dia

Dia akan turut menyukaimu, selama.

- Dhamah

>>>

Indahnya langit senja ini meski sepi hinggap dihati ....

- MegaUngu

>>>

!!! UNGU.. MIMPINYA BAHAGIA !!!

Terbangkan aku mencecah gemawan
lalu lena beradu di wewangi kelambu ungu bersulamkan selembutnya sutera dewangga
kita pun kepayang di persada kayangan bersama bersanding
di pelamin syurga kita di tembang dekorasinya bebunga di cerminan figura maya
biarkan kita larut di lautan madu cintamu yang terlalu
bertaut hati kita menjadi satu
kita pun menamakan cinta ini seindah selendang selembut sutera ungu dan kita pun termangu di wangian kasturi
menghirup aroma syahdu kasih kita bertemu dan terdekap erat
tiada peduli lagi pada apa yang akan terjadi
karena kita di dalam asyik masyuknya meneroka mimpi-mimpi yang indah terpatri di tugu hati
biarkan lah kita terus bermimpi dan bermimpi
asalkan mimpinya adalah bahagia kita ....

created by ~~~ MEGA UNGU ~~~

>>>

Patahkan Jantungku

Andai guruh mampu menghenjut langit agar gugur. Mengapa jeritan itu tidak menembus aku? Cukup, siraman itu membekukan hati. Kerana aku percaya. Langit akan cerah dipanah matahari. Di situ hatiku akan cair.

Kau tidak mampu mematahkannya. Hanya dengan dentuman ditelinga.

- Dhamah

>>>

~* Untukmu yang jauh disana, Berdinding jarak dan waktu,
Berbatas ruang diantara kita..

Masihkah kau jaga hatimu untukku ??
Masihkah ada kerinduanmu padaku ??

Untukmu yang jauh disana..
Ku harap kau slalu menjaga hatimu..
Seperti disini aku menjaga hatiku..~+...

#awansalju@terataiindah

>>>

~* Untukmu yang jauh disana, Berdinding jarak dan waktu,
Berbatas ruang diantara kita..

Masihkah kau jaga hatimu untukku ??
Masihkah ada kerinduanmu padaku ??

Untukmu yang jauh disana..
Ku harap kau slalu menjaga hatimu..
Seperti disini aku menjaga hatiku..~+...

#awansalju@terataiindah

>>>

Malam ini aku tumpuh ..
Mindahku lumpuh
Jiwaku luluh

Huhu ..

- YanIsmail

>>>

..menlukis senyuman dibibir
....dibirai kata pabila....
cinta menitis direlung hati
......dambaan kasih abadi.....

Assalamualaikum
selamat mlm.sayang selalu..rindu sudah pasti..

- AdyraAzZahra

>>>

Malam ini kudemam
Demam rindu padamu
Ubatku tiada
Rawatlah daku Yan

- IsmaAnisAlfikri

>>>

Telah kutuliskan namamu
Didada langit nan membiru
Telah kusulam kan bersama benang benang cinta buatmu yang tercinta

Kan kuabadikan bersama
Rindu yang mengebu
Bersaksikan rembulan malam
Yang menyinari penuh keindahan

Tya Aiinina

>>>

Samudera Bersatu

Kibarkan ombakmu
dan dakaplah aku
Biar aku lemas
dalam dakapan yang keras

Samudera apakah kau tahu
akan semalam telah berlalu
Bahtera itu remuk
kau ketuk

Apakah engkau fikir ia akan karam
tenggelam menjadi tugu dipenuhi garam
Ya, pedih itu mengajarku
untuk terus menyatu

Samudera tiap detik aku rela
kau menampar bahtera
Agar ia berada pada arah
dan tak akan salah

- Dhamah

>>>

>>>

Malam ini tiada binar rembulan
Cuma gelora hati menerpa

Malam ini tiada semilir bayu
Hanya ada rasa sayu

Makam ini kautidak datang
Lagi rindu penuh kutatang

Mega✍✍Ungu

<>>

Kaseh yg terpilu hati mu
Dan hati ku..dibelai
Mnjadi satu.

- RiniMarini

>>>

Saat orang lain tidak menghargai kasih sayang yang kita berikan
tak ada alasan untuk terus menangisi

Hidup terlalu singkat jika hanya untuk berharap. Mengharapkan orang yang sudah tidak peduli adalah perbuatan sia-sia. Memikirkan terus pada orang yang sudah tidak peduli adalah satu kerugian.

#awansalju

>>>

Walaupun hanya untuk seketika cuma
walaupun hanya dalam mimpi tiada nyata
dakapan malam menjadi tanda
hadirku menemani yang indah rupa
sabarlah menanti
dalam penantian
pasti bermula dan
berakhir kini
rela dalam kesetiaan

Mega✍✍Ungu

>>>

Walaupun hanya seketika
Hadirmu buatku bahagia
Hidupku bercahaya.

- IsmaAnisAlfikri

>>>

Aduhai malam
Usah cepat siang
Biarkan aku terus bermimpi
Mimpi bahagia
Kendati tidak nyata
Biar ilusi menyelimuti
Dingin dini bergebar mimpi

Mega✍✍Ungu

>>>

Adumu
Bercadarkan pintalan gemawan
Tidurku beralaskan reranting hutan

- MegaUngu

>>>

Dini ini dingin menelusupi dinding hati
Ada sunyi menghiris tangkai mimpi
Lalu kutadah mimpi nan jatuh
Airmataku kian rapuh

Mega✍✍Ungu

>>>

HATI ~~~

Melalui sayup-sayup harapan di hujung waktu yang masih tertinggal

Khabarkan kepadanya tentang sebuah kata yang disebut abadi
Tentang sebuah mimpi yang disebut prasasti

Tentang dia yang bersemayam pada naluri angan-angan
Semangat dan keinginan

Wahai hati jangan kaupergi
Jika kaupergi
Seketika jiwaku mati kembali

Mega✍✍Ungu

>>>

Terkilan

Disebalik rindu membara
Tersimpul rasa terkilan dijiwa
Yang tiada kesudahannya

Kucuba memujuk hati
Merawat resah melanda diri
Agar tenang disanubari

Senyumannya sering kuterbayang
Menambah lara fikiran melayang
Kini semuanya hilang

Terbang dibawa bayu
Langit mendung awan kelabu
Hatiku rawan dan pilu

Remuk redam diperasan
Sengsara tersemat rasa sesalan
Tiada terdaya kutelan

(KAIPU343)
TYA

>>>

Bulan
Simpankan tangisku
Biar tidak ketara di wajahku

Mega✍✍Ungu

BERAKIT KE LANGIT
©2016

Tiada ulasan: