TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Hidup ini manis dan pahit
Bercampur masin bukanlah garam
Sedaya-upaya muliakan peribadi
Zaman ini banyak yang membelit
Berwaspada bermain di petang suram
Miskin dan kaya bertiang bersendi

>>>

BELAJAR BERDIKARI

Pintu di kanan tingkap di kiri
Kedua-duanya saling menanti
Jangan di pintu kaucegatkan kaki
Orang nak keluar jadi terhenti
Tetamu nak masuk nanti lari
Kaufikir rumah ini sendiri beli?
Sama-sama menyewa sebab berdikari
Masalah ruang dan bilik tidur
Gegaran sampah dan longgokan kotor
Tidak salah lena berdengkur
Jangan bersepah apabila ditegur
Jika bodoh boleh diundur
Dididik baik bukan disadur
Tetapi malas sifatnya kendur

>>>

DARJAT

Tempua bersarang rendah
Helang terbang tinggi
Pipit merayau di sawah
Merak melata di tanah
Mawar merah setaman
Kembang cina sebelukar
Cempaka sombong di puncak
Melati mekar sekejapk
Sarangnya cantik oleh seninya
Lebar sayapnya mangsa diburu
Teralpa sebentar habis sehuma
Mengigal di hutan tidak seguru
Memang harum namun berduri
Sekadar di pinggir kurang dipedulikan
Menunggu gugur dipetik suri
Rimbun berkawan gugur dilupakan

>>>

WANGIAN CINTA

Salam sanubari bercandakan sepi
Mengambil peluang di ruangan mimpi
Jikalau mahu mendapatkan seri
Serlahkanlah tradisi hatimu yang suci

Jangan baraku dimarakkan api
Menumpahkan minyak jangan sekali
Di sini berbajakan bunga kasih
Benihnya cantik daripada yang terpilih

Kerana dah lama berperit-jerih
Bertamukan taufan sedikit rintih
Diwarnai semula si kebun kasih
Julangan pengorbanan masih diraih

>>>

MERDEKAKAH CINTAMU ?

Tidak salah menyambut harinya
Asalkan faham batas agama
Serta adat di sisi empunya
Sebagai peringatan tentang lahirnya

Istilah merdeka biarlah saksama
Tetapi cumbuan mesra lagaknya
Di hati berazam tamatkan zaman
Zaman bujang segan dek teman

Perjuangkan harta dalam sedu-sedan
Sedarkah kamu yang belum aman
Kelunakan rayuan batinmu direman
Melayang bergolek bertindan-tindan

>>>

HAKIKAT KITA

Di mata ini
Sering tergambar-gambarkan
Air wajah yang pernah
Membuat kugembira
Sering kutemui
Teman di kanan dan kiri
Tetapi takkan sepertimu
Teman sejiwa
Apakah kaumenyedari
Hakikat hidup ini
Harus diteruskan
Biarpun kita tak lagi berdekatan
Adakah sarat di fikiran
Disinggahi ribuan kepiluan
Menjadikammu tiada keadilan
Kepada harapan
Jangan mudah dipercayai
Kerana mampu membuatkanmu
Sedih sendiri

>>>

Teras bumi merah dan panas
Sekali terhambur bertukar ganas
Puncaknya berasap letusan terlunas
Di pelukan akar tak menjadi tunas

Begitu banyak awan kumulonimbus
Serta sitrus persisnya kabus
Di kemuncak banjaran saling menimbus
Terluncur roket segalanya tembus

Luas gahara makmur terbentang
Biru dan hijau asyik merentang
Gulungan samudera keras mendatang
Bertamu di daratan monumen terlentang

>>>

CINTA IZRAIL

Di hujung jendela
Terkuak dimasuki angin bebas
Bercempera dedaunan ringan
Jatuh ke muka tak beralas
Membiaskan sekejap jua
Tentang tamuan sesuatu
Yang telah lama sabar menunggu
Di muara kakimu
Di hulu ubun-ubunmu
Jika batinmu putih
Terbanglah ke langit nan bersih
Jika bersifat hitam
Di sijjin daerah mendatang
Melihat sang putih kapas
Diluruti di jeriji duri
Pun dah terzahir ngilunya
Apatah lagi dicengkam kuku
Ke dalam isi dan tulang
Tersiat-siat bagai dihiris hidup-hidup
Kerana tugasnya adalah amanah
Demi Pencipta yang kekal tak musnah

>>>

CINTA PERCUMA

Pucuk dicita ulam mendatang
Hendak bercinta dijoloknya bintang
Kasih tak keruan kasmaran berhutang
Musuh yang sepi galak berjelatang

Orang mengantuk disorongkan bantal
Kenyanglah bercinta setebal buntal
Masalahnya banyak berpintal-pintal
Si suci murni selesai kausental

Seperti bulan jatuh ke riba
Berharap penuh tak mahu meraba
Sudahnya kemuliaan habis dituba
Serlah bara dimarakkan haba

>>>

ALAHAN

Beralahkah kita oleh kurap cinta
Tergaru-garu di kulit rindu
Gatal melepuh merah asmara
Berubah miang merenyam pilu

Sedang berjangkit oleh penyakit
Biarkan sahaja orang tak faham
Sehingga berdarah tinggalkan sakit
Lebih baik seksa lubang geraham

Dah tahu derita sakit bercinta
Janganlah dimakan santapan fitnah
Kepada ALLAH kita meminta
Ihsan dan hidayah pulihkan nanah

>>>

CELAHAN HATI

Ingatkah lagi kepadaku
Yang masih belum berlalu
Ketika kau terpaksa berlangkah
Membuatkan hatiku patah

Meskipun hidupku dihujani keperitan
Tiada yang membantu selain Tuhan
Tiadanya kau di sini
Bertambah kuat kujalani

Sehebat mana sanjungan orang
Ke atas namamu yang sedang masyhur
Masakan memorimu langsung hilang
Sekilas senyuman dapatkah kauhulur

>>>

MUSAFIR KEKASIH

Pesan teman laksana pahlawan
Pangkinkan doa yang sedang berhujanan
Sekalipun telah dicuba tepiskan kesalan
Tetap jua merimbun kebasahan

Kerana tanpa NYA hidup sia-sia
Berat di angin ringan di bumi
Mencari kawan jangan memandai-mandai
Pentingkan jua sahabat handai

Keluarga dan saudara tempat bernaung
Ke mana pun berpijak pahala dihitung
Lalu apakah yang menyukarkan jalan
Adakah simpang dan batuan

Setidak-tidaknya mesti berguru
Tanpa ilmu siapalah dirimu
Tiada ilmu iman pun lesap
Terbuang masa jatuh tertiarap

>>>

SERIBU SYAIR

Berlaku kesatan bahasa berbirat
Tatkala ditumpangi kalam dikerat
Terjumpa jauhari bermuatan sarat
Siapa membantu eloklah bersurat

Hasil paduka memuaskan nafsu
Berlangsungnya ribut meretakkan pasu
Letaknya di ambang pintu yang lesu
Sekali tersadung berpusu-pusu

Mudahnya dikau berulang peri
Sebagai hiasan di bibir berduri
Mahukah dikau keluar negeri
Berani dan takut bukan di jari

>>>

NAK LANTAK

Keluar berwajah serupa
Masuk mukanya sama
Dengan bahasa luka
Juga sebutan bisa
Memaki teman di sebelah
Bagai hendak berbalah
Kisah panjang tak pernah sudah
Tiada peraturan menyusun madah

Tak peduli pulangmu lewat
Tak kisah pergimu cepat
Tapi kerakusanmu buat kumeluat
Tampil kemuakanku sukar dirawat
Kau punya suka
Aku punya cerita
Miskin atau kaya
Asalkan berbudi bahasa

>>>

Menjadi kebiasaan dalam percintaan
Romantik dan jiwang enak dimakan
Puisi kemanusiaan dan juga keagamaan
Risau orang tak faham bila dibaitkan

>>>

SATU DAN BERBILANG-BILANG

Bersendirinya kita perlukan harapan
Sendirinya DIA tiada menumpang
Kebuluran kita sebab tak makan
Zat NYA besar menjulang-julang

Kesusahan berfikir minda pun fakir
Kuasa nan Satu tidak bergilir
Awal dan akhir hayatnya makhluk
Sedang Arasy NYA tidak tertakluk

Raja dan pemerintah bertukar ganti
Bukan sifat NYA tadbiran terhenti

>>>

KASIH REDHA

Engkau jimbit menidurkan kesilapanku
Kemelut yang bersutera mengelus seru
Hasad dan bimbang sedang hilang
Tertumpah darah dendam bertulang
Sampai di sini pertemuan yang kabur
Kerana ingin benar aku tertidur
Membuang fana seri ngeri
Mencantas keseraman peribadi
Semuanya terdiri daripada kasih suci
Alam buana pun punyai persepsi

Nukilan Suffian Ismail Hamzah

Tiada ulasan: