Khamis, 18 Februari 16
Syair Untuk Teman
[1]
Wahai teman pujaan cinta
dengarkanlah hati ini berkata
janganlah sekalipun ingin berdusta
supaya hidup tiadalah sengketa.
[2]
Ayuhlah bangkit wahai teman
lembutkan perangai kita lakukan
agar sabar dapat diterapkan
buangkan telingkah dalam fikiran.
[3]
Ini bukanlah sekadar madah
berlenggok kata menyulam indah
sambil kaki kita melangkah
ingatlah bahaya sentiasa singgah.
[4]
Berkatalah sopan walau dicela
jangan rosak susu kerana nila
bersamalah kita terus membela
agar hidup berikhlas rela.
*Puisi Lama - Jenis Syair
>>>
..... kosong ...
Hujan...
Beberapa orang larut di dalamnya
Sementara yang lain hanya basah dibuatnya
Padaku ..
Ia turun dan berlalu pergi
Kerna saat itu
Aku melihat hujan
Tanpa hati
Kosong tanpa isi
Yn .. Emotikon smile
>>>
Semalam basah dalam lena
ia menerjah dan berkata;
"Apakah hujan kali ini
masih mengusir aku pergi?"
Dan, aku masih basah
basah dengan rasa salah.
- Dhamah
>>>
Basah..
Dingin membalut diri..
Sdiri di dlm sepi..
Hnya brteman kn sunyi..
Hujan blm brhenti..
Namun jiwa masih mncari..
Makna rasa dlm hati..
- KayuLastik
>>>
Mendung itu menyelubungi langit
kelam ~ adakala suara itu keluar bingit
seakan cuba memberitahu dengan jerit
namun apakan daya hanya mendatangkan perit
Hanya berhenti dan pandang langit
biarkan basah badan sejuk mengigit
fikiran itu melayang terputus tali membelit.
- Dhamah
_______________________________
Sumber ( BERAKIT KE LANGIT )