TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

seraya hati kian walang
kelabu kelam dalam kesamaran
permintaan jiwa tiada teransang
hati hati tiada bulan

bintang berseri bila bersendiri
hiburan hati sukma kurnia
seri rindu pada pelangi
tatkala senyuman seketika cuma

semi medi irama melody
sangkar keras dari terasnya
ciptaan manusia bila bersendiri
memori jadi karangan jiwa

>>>

selami hati berwalang sukma
celahan rimbun buana alam
hati rintih jiwa berkelana
pelbagai dugaan di benua alam

kain lipatan pelagai warna
pelangi hidup dalam dunia
rencah kehidupan semesta
hanya ciptaan sementara

>>>

mengejar pelangi badai melanda
titipan murni penyakit tiba
ribuan bintang datang menyapa
kerinduaan bermaharajalela

kehingan malam bermain senja
jiwa jiwa berhimpit duka
kian utuh walau terjatuh
masih teruja dalam rapuh

detik waktu berdetik kuat
hayunan ombak terlalu kuat
guguran kasih berair mata
jiwa terluka kasih tiada

garapan jiwa berangkai tingkah
tautan kasih berantai api
hidup penuh dengan lurah
tiada kehabisan dalam hati

>>>

bingkisan jiwa terlaut ombak
kurnia hati sang pencipta
nilaian murni kunjung tiba
tiupan angin berhempas pula

sangkar emas masih cantik
menunggu burung masuk sangkar
sugguh hebat permainan sang cantik
terhibur dengan segala kicauan

gurauan jiwa handal berkias
permainan hati garapan jiwa
sentuhan kalbu tiada terhias
jiwa merana kerana tetseksa

>>>

bermain main kendi
waktu pagi
aku happy
bila bersendiri lagi
namun masih tercari cari
erti makna hidup ini
sinar pelangi masih menanti
cuma perlu ku gapai lebih tinggi

>>>

Dunia lakonan pentas dunia
bingkisan cemuhan lumrah kata
sedikit dingin air berkocak
tanpa sedikit tarian rancak

selimut putih tiupan angin
berbisik bisik mencari arti
kehidupan dunia terlalu dingin
sesadis kisah menyakiti hati

kurniaan Tuhan semakin dekat
walaupun dunia menidakkannya
kasih yang diberi terlalu suci
hingga takut jika jauh dariNya

Nukilan Ukhty Innuyasha Rukia