TAMAN HATI

TAMAN HATI

Sahabat Jiwa

Sesambil menikmati nasi lelapan ayam bakar
Sesambil mengirim balas pesanan di aplikasi whatsapp
Sesambil duduk menatap bintang
Bertanya tentang sesuatu
Bagaimana waktu yang kuluang untukmu
Tak kusedari tak dapat diambil kembali
Pun kalau aku menyesal telah memberikannya untukmu
Itu secara mutlak kepunyaanmu
Hak milik kekal
Maka aku sekarang lebih berhati-hati meluangkan
waktu
Bagaimana kurang sempurna dan tidak masuk akal aku
jatuh cinta padamu
Dan aku memberi beberapa kali
Sesuatu yang tak dapat ku ambil kembali, iaitu waktuku
untukmu
Sesuatu yang tak dapat dibeli, iaitu kepercayaanku
padamu
Sesuatu yang akhir-akhir ini menjadi hak milikmu, iaitu
cintaku
Lantas, sudikah kamu memberikan ruang dan perhatian
untukku?

Nukilan Ibnu Amar