Isnin, 15 Februari 2016
Saat subuh datang
Jiwa menjadi tenang
Bagai tiada bunyi ..sepi
Hanya aku dan KAMU
Berbisik memohon restu MU
Moga hari hariku lalui lancar selalu
Moga sejahtera keatas kedua ayah dan ibu
Moga terbuka minda anak anak kearah ilmu
Moga negaraku aman tiada sengketa
Moga insan insan aku sayang bahagia
Moga sahabat sahabatku ceria
Aaamin
Tiada dari yang lain
Hanya pada Mu aku meminta
Yn.. Emotikon smile
>>>
Sesuai Waktu
Dengarkan aku ~
Dengan menembak perkara lalu;
Apakah akan perlahan waktu?
Tidak! ia akan terus berlaku.
Sentiasa ada haluan salah
duduk diam mahupun melangkah;
Tiap kita akan pulang ke rumah
biarpun terjatuh, biarpun tanpa arah.
Detik-detak itu terus menjerit
mendetikkan nadi cinta kian perit;
Apakah ia tahu namanya terpalit?
hitam ~ dan keadaan yang amat lengit.
Patah tulang dipukul dicekik
setiap isi dimamah dicarik-carik;
Disudut jiwa cinta itu cuba ditarik
namun haluan lekuk-lekik.
Apakah salah aku?
kata itu berenang dibenak kalbu;
Hanya membuat bising sesuai waktu
dan ia akan berlalu, tatkala jawapan temu.
- Dhamah
>>>
Semak
Kau membuat aku benar-benar bercakap
mengucap kata tentang cinta menancap;
Kau tak menghalangi, malah membakar
jalar semangat menumbuhkan akar.
Kukuh padu pohon melingkar hutan
melilit rapat dahan patah pada badan;
Tidak berpura terapung pada kutukan
tetap sedia menanti segala hukuman.
Kali ini apakah kau dengar?
Bagaimana pohon, bagaimana ia bertukar?
Menjadi tanah dan membiak
berputar ~ menjadi semak.
Kali ini apakah aku dengar
atau terjatuh dan rabak tercalar?
Sedih dalam harap tidur nyenyak
tanpa datangnya pukul, ditempelak.
- Dhamah
>>>
dan shinichi kudo
masih merahsiakan identitinya
dengan bertubuhkan conan edogawa
membiarkan ran mouri
tercari-cari
bukan dalam mitos lagenda moden
- Ibnu Amar
>>>
Terkasih
Senyumanmu
Yang selalu terbit lebih dulu
Dari mentari pagi
Semoga tidak tenggelam ..
Sekali pun senja
menenggelamkan mentari
Yn.. Emotikon smile
_______________________________
Sumber ( BERAKIT KE LANGIT )